Isnin, 4 Mac 2013

SENIWATI MARIANI ISMAIL


Ada x sapa2 yang x kenal dengan seniwati mariani ismail,
jom sini aku perkenalkan..

seniwati mariani ni merupakan seorang seniwati Melayu terkenal yang juga kakak kepada biduanita Saloma. Nama sebenar beliau ialah Siti Mariam Binti Ismail. Beliau dilahirkan pada tahun 1933 di Tanjung PagarSingapura. Beliau adalah antara seniwati paling bergaya sewaktu kegemilangan Studio Jalan Ampas.


Kerjaya seni beliau bermula selepas memenangi pertandingan ratu cantik singapura pada 1951 ketika berusia 17 tahun.Beliau merupakan gadis pertama yang memegang gelaran tersebut .Beliau merupakan antara gadis tercantik singapura ketika itu.


Sepanjang kehidupan beliau, beliau pernah berkahwin sebanyak tiga kali. Bersama suami pertamanya iaitu Darus, Mariani telah dikurniakan dua anak iaitu Noraini dan Normala. Bersama suami kedua pula, Allahyarham H. M. Rohaizad, Maraini mendapat enam anak iaitu Sharifah Haslinda, Sharifah Rozita, Syed Herwaini, kembar Syed Marhain & Syed Nazran dan Syed Hasnidan. Bersama suami ketiganya, Alias, Mariani memperoleh lima orang anak iaitu Iskandar Mierza, Shahruniza, Ariff Efandi, Kamarul Ariffin dan Melissa Saila.


antara filem dan drama yang dilakonkan oleh beliu termasuklah:


Filem

  1. Cemburu (watak jahat)
  2. Raja Sehari
  3. Istana Impian
  4. Dupa Chendana
  5. Darah Muda
  6. Filem Taufan
  7. Labu Labi (berlakon sebagai Manisah, anak kepada Haji Bakhil)
  8. Nasib Si Labu Labi
  9. Tiga Abdul
  10. Saudagar Minyak Urat
  11. Putus Sudah Kasih Sayang (berlakon sebagai yang isteri lumpuh dan berkerusi roda bersama P. Ramlee)
  12. Masam-Masam Manis
  13. Takdir Perkahwinan
  14. Pontianak Harum Sundal Malam II
  15. Khurafat; Perjanjian Syaitan
Drama


  1. Bila Larut Malam
  2. Surat Cinta Untuk Umi
layankan gambar2 seniwati mariani dan saloma ketika zaman muda dan gambar terkini:



seniwati saloma (adik kepada seniwati mariani)
seniwati mariani

seniwati mariani zaman muda

seniwati mariani kini (berumur 70 tahun)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan