Khamis, 7 Mac 2013

LIPAN!!!!!

Jaga2 Lipan nak lalu ni...ketepi ketepi!!!!!!!





........\...../ ......╚⊙ ⊙╝ .╚═(███)═╝ ╚═(███)═╝ ╚═(███)═╝ .╚═(███)═╝ ..╚═(███)═╝ ...╚═(███)═╝ ...╚═(███)═╝ ..╚═(███)═╝ .╚═(███)═╝ .╚═(███)═╝ ╚═(███)═╝ ╚═(███)═╝ .╚═(███)═╝ ..╚═(███)═╝ ...╚═(███)═╝ ...╚═(███)═╝ ..╚═(███)═╝ .╚═(███)═╝ .╚═(███)═╝ ╚═(███)═╝ ╚═(███)═╝ .╚═(███)═╝ ..╚═(███)═╝ ...╚═(███)═╝ ...╚═(███)═╝ ..╚═(███)═╝ .╚═(███)═╝ .╚═(███)═╝ ╚═(███)═╝ ╚═(███)═╝ .╚═(███)═╝ ..╚═(███)═╝ ...╚═(███)═╝ ...╚═(███)═╝ ..╚═(███)═╝ .╚═(███)═╝ .╚═(███)═╝ ╚═(███)═╝ ╚═(███)═╝ .╚═(███)═╝ ..╚═(███)═╝ ...╚═(███)═╝ ...╚═(███)═╝ ..╚═(███)═╝ .╚═(███)═╝ .╚═(███)═╝ ╚═(███)═╝ ╚═(███)═╝ .╚═(███)═╝ ..╚═(███)═╝ ...╚═(███)═╝ ...╚═(███)═╝ ..╚═(███)═╝ .╚═(███)═╝ ..╚═(███)═╝ ╚═(███)═╝ ╚═(███)═╝ .╚═(███)═╝ ..╚═(███)═╝ ...╚═(███)═╝ ...╚═(███)═╝ ..╚═(███)═╝ .╚═(███)═╝ .╚═(███)═╝ ╚═(███)═╝ ╚═(███)═╝ .╚═(███)═╝ ..╚═(███)═╝ ...╚═(███)═╝ ...╚═(███)═╝ ..╚═(███)═╝ .╚═(███)═╝ .╚═(███)═╝ ╚═(███)═╝ ╚═(███)═╝ .╚═(███)═╝ ..╚═(███)═╝ ...╚═(███)═╝ ...╚═(███)═╝ ..╚═(███)═╝ .╚═(███)═╝ .╚═(███)═╝ ╚═(███)═╝ ╚═(███)═╝ .╚═(███)═╝ ..╚═(███)═╝ ...╚═(███)═╝ ...╚═(███)═╝ ..╚═(███)═╝ .╚═(███)═╝ .╚═(███)═╝ ╚═(███)═╝ ╚═(███)═╝ .╚═(███)═╝ ..╚═(███)═╝ ...╚═(███)═╝ ...╚═(███)═╝ ..╚═(███)═╝ .╚═(███)═╝ .╚═(███)═╝ ╚═(███)═╝ ╚═(███)═╝ .╚═(███)═╝ ..╚═(███)═╝ ...╚═(███)═╝ ...╚═(███)═╝ ..╚═(███)═╝ .╚═(███)═╝ .╚═(███)═╝ ╚═(███)═╝ ╚═(███)═╝ .╚═(███)═╝ ..╚═(███)═╝ ...╚═(███)═╝ ...╚═(███)═╝ ..╚═(███)═╝ .╚═(███)═╝ .╚═(███)═╝ ╚═(███)═╝ ╚═(███)═╝ .╚═(███)═╝ ..╚═(███)═╝ ...╚═(███)═╝ ...╚═(███)═╝ ..╚═(███)═╝ .╚═(███)═╝ .╚═(███)═╝ ╚═(███)═╝ ╚═(███)═╝ .╚═(███)═╝ ..╚═(███)═╝ ...╚═(███)═╝ ...╚═(███)═╝ ..╚═(███)═╝ .╚═(███)═╝ .╚═(███)═╝ ╚═(███)═╝ ╚═(███)═╝ .╚═(███)═╝ ..╚═(███)═╝ ...╚═(███)═╝ ...╚═(███)═╝ ..╚═(███)═╝ .╚═(███)═╝ .╚═(███)═╝ ╚═(███)═╝ ╚═(███)═╝ .╚═(███)═╝ ..╚═(███)═╝ ...╚═(███)═╝ ...╚═(███)═╝ ..╚═(███)═╝ .╚═(███)═╝ .╚═(███)═╝ ╚═(███)═╝ ╚═(███)═╝ .╚═(███)═╝ ..╚═(███)═╝ ...╚═(███)═╝ ...╚═(███)═╝ ..╚═(███)═╝ .╚═(███)═╝ .╚═(███)═╝ ╚═(███)═╝ ╚═(███)═╝ .╚═(███)═╝ ..╚═(███)═╝ ...╚═(███)═╝ ...╚═(███)═╝ ..╚═(███)═╝ .╚═(███)═╝ ╚═(███)═╝
.╚═(███)═╝ ╚═(███)═╝ ╚═(███)═╝ .╚═(███)═╝ ..╚═(███)═╝ ...╚═(███)═╝ ...╚═(███)═╝ ..╚═(███)═╝ .╚═(███)═╝ ╚═(███)═╝ ╚═(███)═╝.
╚═(███)═╝ ╚═(███)═╝ .╚═(███)═╝ ..╚═(███)═╝ ...╚═(███)═╝ ...╚═(███)═╝ ..╚═(███)═╝ .╚═(███)═╝ ╚═(███)═╝ ╚═(███)═╝. ╚═(███)═╝ ╚═(███)═╝ .╚═(███)═╝ ..╚═(███)═╝ ...╚═(███)═╝ ...╚═(███)═╝ ..╚═(███)═╝ .╚═(███)═╝ ╚═(███)═╝ ╚═(███)═╝. ╚═(███)═╝ ╚═(███)═╝ .╚═(███)═╝ ..╚═(███)═╝ ...╚═(███)═╝ ...╚═(███)═╝ ..╚═(███)═╝ .╚═(███)═╝ ╚═(███)═╝ ╚═(███)═╝

Melissa Saila

Dibawah ni merupakan gambar melissa saila serta keluarga tercinta, Melissa da berhijab sekarang,makin manis primadona seorang ni.. apa-apa pun kita doakan semoga beliau dan keluarga bahagia sampai bila-bila..


Melissa saila berhijab


Zahrah anak Melissa saila

Gambar bersama suami dan anak2

Bercuti bersama suami dan anak2

Khasiat Ubat Gigi



1. Mengurangkan rasa sakit sekaligus mengubati di sengat serangga dan menghindarkan dari terluka
 
2. Mengurangkan rasa sakit sementara apabila terbakar kecil dan melecur terkena api.
 
3. Mengecilkan jerawat. Letakkan satu titik kecil ubat gigi ke jerawat pada malam hari sebelum tidur. Mencucinya di pagi hari.
 
4. Mengilatkan kuku
 
5. Sebagai gel rambut apabila gel rambut anda habis.
 
6. Menghilang bau di tangan seperti bau bawang, hanyir ikan dan sebagainya.
 
7. Membuang dakwat pen di pakaian. Gosok kawasan yang terkena dakwat sebelum membilasnya dengan air dengan segera.

 
8. Untuk kasut kulit, ubat gigi juga boleh membersih malah mengilatkan kasut.
 
9. Membuang kesan krayon di dinding. Gosokkan kain basah dengan yang sudah diletak ubat gigi dengan lembut pada dinding.
 
10. Membuat perhiasan perak berkilau. Gosokkan ubat gigi ke perhiasan perak dan biarkan semalam. Lap bersih dengan kain yang
lembut keesokan harinya.
 
11. Menghapuskan kesan calar pada DVD dan CD. Letakkan lapisan yang nipis ubat gigi ke disk dan gosok perlahan, kemudian bilas dengan air bersih.
 
12. Menghilangkan bau masam pada botol bayi. Ingat supaya membilasnya dengan sabun dan air sehingga bersih.
 
13. Henghilang kesan terbakar pada besi seperti sudu dan seterika.
 
14. Membersihkan cermin mata menyelam (google) supaya terang. Penyelam, perenang, dan para atlit mungkin sudah tahu tentang trick ini. Gosokkan setitik ubat gigi di kacamata kemudian bilas dengan rata.
 
15. Membersihkan Casing Monitor/Laptop. Letakkan ubat gigi dan dicampurkan dengan sedikit air kemudian gosok monitor/casing/laptop dengan perlahan-lahan dan berhati-hati. Kemudian lap semula dengan kain lembut dengan berhati-hati.
 
16. Untuk menampal dinding simen yang berlubang kerana kesan paku dan sebagainya.

Seminit Mengubah Dunia


Seminit. Dengar saja seminit kita pandang macam sekejap je kan? Tapi korang tau tak dalam masa seminit tu macam macam perkara yang terjadi? Perkara yang terjadi itu pula adalah perkara yang mampu mengubah dunia. Nak tau apa dia? 

Seminit yang mengubah dunia

Info Disahkan Menarik : Apa Yang Terjadi Dalam Seminit Lalu? - Terbakor

Dalam masa seminit, jantung kita mengepam lebih kurang sebanyak 72 kali, bermakna darah turut mengalir ke seluruh badan 72 kali!
300 juta sel mati dalam badan kita
258 orang bayi dilahirkan di dunia ini dan 107 orang mati, 2 daripadanya mati disebabkan kemalangan jalanraya
34 bayi dilahirkan di India dan 10 daripadanya mati
10 juta rokok dihisap dan 7 orang mati akibat merokok
 
 
Di United States, 2 kenderaan dicuri dan 4 jenayah kejam dilaporkan.

Dianggarkan 780 telefon bimbit Nokia dikeluarkan.
Bill Gates memperoleh 15,000 Dollars.
56,674 tong minyak disedut dari perut bumi manakala  55,757 tong minyak digunakan.
360 kilat berlaku dan 3 gempa bumi
9 kes baru HIV/AIDS dan 34 orang disahkan menghidap kanser
775,000 carian dilakukan oleh enjin Google manakala 141 juta email dihantar ke seluruh dunia

Alasan Kenapa Upload Gambar Muka


Selalu kita tengok dekat Facebook ramai awek awek hot yang bergambar tang muka je. Sebabnya kenapa ya?
 
^^^

^^^

^^^

^^^

^^^

^^^

^^^

^^^

^^^

^^^

^^^


Ini sebabnya  :- 

Perbezaan My Husband & My Wife


Cuba Terai taip kat google My Husband & My Wife,ada x rupa macam dalam gambar di bawah ni..hihi..
kalau ada, like ramai-ramai gambar ni..=P



10 Perkara yang Perlu Anda Tahu



1. Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.
2. Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan.
3. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan ….Italy…., jurugambar dikenali sebagai paparazzi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.
4. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain ke arahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.
5. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.
6. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.
7. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.
8. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.
9. Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.
10. DAN TAHUKAH ANDA BAHAWA HAMPIR KESEMUA PEMBACA POST INI TELAH MENCUBA UNTUK MENYENTUH TELINGA MENGGUNAKAN SIKU? Kalau Ya, katakan ‘HEK ELEH. PADAM MUKA AKU;:P

Bapok Yang Jelita



Gambar-gambar dibawah ini merupakan gambar lelaki macho yang menukar jantina menjadi wanita yang boleh tahan jelitanya,jom saksikan..



Mesti tengok! Gambar 18 wanita jelita yang asalnya lelaki
Mesti tengok! Gambar 18 wanita jelita yang asalnya lelaki
Mesti tengok! Gambar 18 wanita jelita yang asalnya lelaki
Mesti tengok! Gambar 18 wanita jelita yang asalnya lelaki
Mesti tengok! Gambar 18 wanita jelita yang asalnya lelaki
Mesti tengok! Gambar 18 wanita jelita yang asalnya lelaki
Mesti tengok! Gambar 18 wanita jelita yang asalnya lelaki
Mesti tengok! Gambar 18 wanita jelita yang asalnya lelaki

Mesti tengok! Gambar 18 wanita jelita yang asalnya lelaki

Mesti tengok! Gambar 18 wanita jelita yang asalnya lelaki

Duit Gaji Lelaki Masuk Akaun Isteri




Di JakartaPejabat Pentadbir Gorontalo di utara Sulawesi mengeluarkan saranan supaya gaji 3,200 penjawat awam lelaki yang sudah berkahwin dimasukkan ke dalam akaun isteri mereka sebagai langkah mengelakkan mereka membelanjakan gaji itu kepada perempuan simpanan


Jurucakap kerajaan, Rifly Katili berkata, “Lelaki biasanya tidak dapat mengawal perbuatan mereka sekiranya mempunyai banyak wang dalam poket.” 
“Saya yakin, ia dapat mengurangkan hubungan dengan perempuan lain yang menjatuhkan institusi keluarga.”
Katanya, kira-kira 90 peratus penjawat awam mengambil bahagian dalam inisiatif itu.
“Inisiatif sebegini akan memberi kuasa kepada golongan isteri pekerja untuk belajar mengenai pengurusan bajet rumah tangga,” katanya. 
Katanya, ramai isteri mengadu kepada gabenor yang suami mereka menyimpan wang antara sejuta hingga empat juta rupiah (RM330-RM1,320) sebulan. 

Suami Kawin Lain Terbongkar Kerana FB



Tembelang seorang lelaki Amerika Syarikat yang berkahwin dua pecah apabila kedua dua isterinya menjadi kenalan di laman sosial Facebook secara kebetulan. Lelaki itu, seorang pegawai pemulihan akhlak, Alan L. O’Neill didakwa kerana mengamalkan bigami atau beristeri dua.

Menurut kertas pertuduhan yang difailkan Khamis lalu, O’Neill mengahwini seorang wanita pada 2001, berpindah pada 2009 dan menukar namanya sebelum berkahwin lain tanpa menceraikan isteri pertamanya.
Isteri tua pertama kali menyedari O’Neill berkahwin lain apabila dia menjadi kenalan madunya melalui pautan “Orang yang mungkin anda kenali” di Facebook.
“Isteri pertama kemudian melihat laman Facebook isteri kedua dan melihat suaminya bersama kek perkahwinan,” kata pendakwa raya daerah Pierce County, Mark Lindquist kepada agensi beritaAssociated Press (AP)
Isteri pertama kemudian berkunjung ke apartmen madunya dan berulang kali menyoal suaminya sama ada mereka sudah bercerai tetapi dia menjawab: “Tidak, kita masih suami isteri.,”
O’Neill, 41, sebelum ini menggunakan nama Alan Fulk. Dia yang dihadapkan ke mahkamah Khamis lepas boleh dipenjara lima tahun jika didapati bersalah.

Boyfriend layak diBuang Laut


Hello sayang…
kenapa sayang tak nak angkat tepon bila abg call handset sayang tadi… janganlah sayang merajuk lelama sangat, betui… abg tersangatlah rindu kat sayang….. walaupun muka abg ni agak macho dan comel…. janganlah sayang jeles kat abg kalau-kalau ada awek lain yang asyik pandang-pandang dan senyum-senyum kat abg masa kita gi dating…. biasa la tuh…

Apa…tak muat…??? kan sayang dah test cincin tu masa kat kedai emas apek tu tadi… apsal la tak muat pulaks…. janganlah sayang risau…. duit cincin yang sayang bayarkan tadi..esok-esok abg bayarla balik kat sayang….. sayang pun sedia maklum….abg bukannya takde duit.. tapi duit tu abg dah belikan graphic card baru kat pc abg…. RAM pun abg dah beli yg baru… tambah lagi sekeping…kasi power sikit…. tu belum masuk nak tukar hardd! isk baru lagi tuh….Abg tau sayang marah sebab abg yang selamba katak jer… melompat longkang depan kedai apek tu tadi… tanpa menunggu sayang melintas titi…. bukan abg tak gentleman.. tapi abg cuma memeriksa kalau-kalau ada bahaya di seberang sana…. maafkan abg…tobat.. lain kali abg tak buat lagi…….

Kes masa makan kat kedai mamak tu tadi…sorry la… abg ingatkan nak test jer mee goreng sayang tuh….. soksek..soksek…masa sayang gi toilet.. tak perasan pulak..dah abih… sedaaaaaaappppp….!! tapi kan abg dah ganti ngan roti canai kosong abg?? tak sedap ker roti canai kosong tuhh??? udah ler tu… .janganla merajuk lama lama…
Oh yaa..!! henset kita ni kita tukar dulu la yee… abg pinjam jap henset sayang… nanti abg tukaq la balik…. sayangkan ader handbag besar..senang nak simpan henset abg yg besar tu… Hehehehe .! . henset sayang kecik…buleh abg simpan dalam kocek abg…

Betuuuul………..! semalam abg dah booked tiket citer Salon tuh… abg ingat la kan… cashier cineplex tu lupa nak key in dalam komputer dia la… pasal tu la tiket dah abis….. lagi satu….sampin dan songkok ayah sayang yang abg pinjam utk hariraya aritu… kira pinjam terus la yee…. boleh guna masa ari nikah kita nanti… bukan abg taknak beli baru… tapi sayang la…benda elok lagi… buat apa nak beli baru kan… tapi sayang jgn bagitau kat ayah sayang plak… ayah sayang sure tak pasan punya sebab nanti abg dye la sampin tu ngan kaler lain….
Buat masa ni motor abg masih dlm wokshop.. ntah apa ntah pomen tu buat tak siap-siap lagi… jadi kereta sport sayang ni…kira abg pakai dulu la yee utk pergi keje… sayang bukan tak tau… tempat keje abg kan jauh… sayang pergi keje naik bas pun boleh……..

Lagi satu…. besok sampai kat opis sayang nanti…..sayang tlg bank-in kan RM500 kat akaun abg ye… bukan apa…kete sport sayang ni kuat mentekedarah minyakk betuii… motor kapcai abg pun tak camni…

Okeyla sayang…dah cakap lama ni… jgn lupa top up kan prepaid abg nii… esok2 senang abg nak call sayang lagi…
bye-byee….

Tips Supaya Dikejar Awek Cun

Kepada jejaka-jejaka diluar sana yang masih tercari-cari seorang awek bolehlah cuba tips ni. confom awek cun kejar korang sampai ke lubang cacing,hehe..



1. Pertama dekati awek yang korang nak tu..
2. Berikan senyuman yang indah lagi berkeyakinan..
3. Berikan tatapan kepada anak matanya..
4. Pegang tangannya..
5. AMBIL DOMPETNYA..
6. Dan.. Bawa lari dompetnya..
 
Mudah bukan? Dijamin dengan cara ini anda mungkin ‘dikejar’ oleh awek tersebut.. SELAMAT MENCUBA! Lalalalala.....


Wanita dan Tandas





Seorang wanita yang mengalami rasa takut melampau kepada tandas, mengakui dia akan melarikan diri setiap kali mengepam tandas yang digunakan.
Alasannya dia bimbang tandas berkenaan akan menyedutnya. Oleh itu, setiap kali Ney Decino, 20, dia akan meminta ahli keluarganya menemankan dia ke tandas.

Mereka juga terpaksa mengepam tandas berkenaan selepas digunakan Ney. Fobia melampau itu turut membataskan pergerakan Ney dan terpaksa bekerja dekat dengan rumahnya supaya dia boleh menggunakan tandas yang dirasakannya selamat. Ibu kepada seorang anak itu berkata, bunyi air yang menderu ketika pam ditarik sangat menggerunkan.

“Sebaik tandas dipam, bunyi dan cara deruan air itu menyebabkan saya berlari jauh dari tandas,” katanya.
Menurut Ney, dia hanya boleh berada di sekitar tandas ketika ia dipam jika ada seseorang menemaninya. Kata Ney, ketakutannya bermula sebaik saja memasuki tandas.
“Semakin lama berada di tandas, ia semakin mencemaskan tetapi perasaan itu akan hilang apabila saya keluar dari situ,” katanya. Ketakutan Ney bermula sejak dia berusia empat tahun.

Katanya, ketika itu dia menonton babak tandas boleh berkata-kata dalam filem 1990, Look Who’s Talking Too.
Dalam filem itu, watak The Toilet Man yang digambarkan mempunyai mata besar, bertaring dan bersuara seram menjerit.
Babak itu, kata Ney, menghantuinya sehingga kini. “Ketika berusia 11 tahun, saya pernah terkencing dalam perjalanan pulang dari sekolah kerana saya terlalu takut menggunakan tandas,” katanya. Menurut Ney, dia menjadi lebih takut jika melihat deretan tandas.
“Kerana itu saya hanya masuk ke tandas awam jika benar-benar perlu,” katanya. – DM

Badan Sihat Otak Cergas

Kepada adik,abang,kakak,makcik atau pakcik yang inginkan badan yang mantap serta nak menghilangkan lemak2 di perut bolehlah mencuba beberapa senaman ni:


a) Bicycle exercise

Teknik paling efektif semasa untuk perut anda adalah dengan bicycle exercise. Senaman ini menumpukan pada bahagian rectus abdominis (perut) dan juga oblique muscle (pinggang)




Caranya:
1) Baring di atas lantai dan letakkan tapak tangan anda di belakang telinga.

2) Angkat lutut kiri atau kanan anda setinggi 45 darjah menghampiri perut anda dan lakukan seperti anda mengayuh pedal basikal.

3) Sentuh siku yang bertentangan dengan lutut yang anda angkat. Contohnya sekiranya anda mengangkat lutut kiri pastikan lutut kiri anda bersentuhan dengan siku kanan anda dan lakukannya berulang kali seperti anda mengayuh pedal basikal.
Pastikan anda tidak tarik leher anda terlalu ke depan. Sekadar memastikan bahu anda terangkat sedikit dan bukannya belakang badan anda. Selepas anda mengangkat lutut anda pastikan ia lurus ke hadapan tidak kira berapa darjah. Untuk memberi kesan yang maksima, angkat sedikit sehingga 45 darjah dari lantai.





b) Bangkit tubi kaki tegak (vertical leg crunch)

Konsep senaman ini lebih kurang seperti bangkit tubi, tetapi memerlukan anda mengangkat kaki anda tegak ke atas. Senaman ini turut difokuskan pada otot rectus abdominis.


Caranya:
1) Angkat kaki anda tegak ke atas sambil bersilang.

2) Angkat badan anda seperti anda membuat bangkit tubi biasa

Lakukan dalam 2 hingga 3 set dan dalam setiap set rendahkan kaki anda menghampiri lantai untuk memberi impak yang maksima. Setiap set anda boleh lakukan 16-18 ulangan.



c) Bangkit tubi tangan lurus (long arm crunch)


Berbeza dengan bangkit tubi kaki tegak, anda perlu meluruskan tangan anda untuk melakukan bangkit tubi tangan lurus ini. Cara ini menambah tahap kesukaran dalam melakukan bangkit tubi kerana tangan anda bersifat pemberat.
Caranya:
1) Baring di atas lantai.

2) Lipatkan kaki anda.

3) Luruskan tangan anda ke atas.

4) Lakukan pergerakan bangkit tubi.
Anda boleh mengubah suai teknik ini dengan memegang pemberat mahupun dumbell ketika melakukan aktiviti ini. Tetapi sebaiknya anda harus luruskan tangan anda serenjang dengan lantai. Dari aktiviti ke aktiviti anda boleh menambah pemberat mengikut kemampuan anda.



d) Bangkit tubi terbalik (reverse crunch)
Sekiranya anda sering menggunakan kepala untuk mengangkat badan, kali ini anda menggunakan kaki sebagai ganti. Teknik ini lebih dirasai pada bahagian bawah perut anda walaupun sebenarnya ia melibatkan seluruh otot perut anda.


Caranya:
1) Tolakkan lutut anda mendekati dada . Bermakna belakang anda turut terangkat sekali.

2) Pastikan tangan anda bertindak sebagai tapak dengan mendepakan sedikit di atas lantai.

3) Angkat pinggul anda.

Ia merupakan tindakan yang mudah dan simple.




e) Senaman Plank (plank exercise)

Teknik ini bagus dalam memberikan ketahanan otot pada bahagian perut dan juga belakang.

Caranya:
1) Buat aksi seperti anda melakukan tekan tubi.


2) Letakkan tangan depan anda di atas lantai.

3) Pastikan belakang anda tegak menghampiri lantai dan bukannya menjauhi lantai.

4) Lakukan selama 30 saat hingga 60 saat dan lakukan sebanyak 3 hingga 5 kali.

Jadijangan rajin-rajinkan lah diri untuk melakukan senaman. Good Luck!

Rabu, 6 Mac 2013

Gaya Rambut Mantap


Anda masi tercari-cari gaya rambut yang sesuai untuk ditampilkan sebagai seorang yang lebih matang dan feminin?Mungkin anda boleh mencuba beberapa gaya rambut di bawah untuk tampil lebih bergaya di tempat kerja atau semasa melakukan aktiviti luar.






















12 Makanan Perangsang Minda


Di sini ada 12 jenis makanan yang di yakini dapat meransang pertumbuhan sel otak dan tingkat daya ingatan.

1. Madu
Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat, ia mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral, protein, antiseptik dan enzim yang meningkatkan ingatan dan kecerdasan mental. Manisan madu yang digelar “Raja Ubat” ini seeloknya diminum 2 sudu teh pada waktu pagi dan malam. Ia juga boleh dimasukkan ke dalam minuman. Cuba ini: Jus Kurma Madu
Madu juga mengandungi pelbagai zat galian yang penting seperti kalsium, sulfur, fosforus, zat besi, karbon, magnesium, potassium, kuprum, silika, klorin, mangganese dan belerang untuk kesihatan fizikal serta mental. Malah, berkesan merawat penyakit mental yang boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat.
2. Kacang merah
Thiamin atau vitamin B1 yang terdapat dalam kacang merah dikatakan amat diperlukan oleh otak terutama untuk proses sintesis asetilkolina iaitu neurotransmitter yang penting untuk ingatan dan kekurangannya dikatakan mampu menyumbang kepada faktor kecacatan fungsi mental berkaitan dengan peningkatan usia. Biasanya kacang merah dimasukkan ke dalam masakan, boleh cuba ini: Agar-agar Cendol
3. Kismis
Kismis mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Kekurangan oksigen menyebabkan seseorang mudah mengantuk, pelupa, lembab dan mengalami kelemahan dalam berfikir. Kismis bukan sahaja boleh dimakan begitu sahaja, ia juga boleh dimasukkan ke dalam masakan, cuba ini: Nasi Kismis Ayam
4. Telur
Pakar kesihatan mengakui bahawa telur adalah makanan yang bermanfaat menambah kekuatan otak kerana lengkap dengan protein, mineral, vitamin, kalsium, kuprum, magnesium, fosforus, kalium, sulfur, natrium, klorin, zat besi, air, choline dan bahan ekstraktif. Bahagian kuning telur ternyata padat dengan kandungan kolin, suatu zat yang dapat membantu perkembangan memori atau daya ingat serta berupaya mengatasi masalah kelemahan tenaga fizikal dan minda. Boleh cuba ini: Telur Bungkus
5. Susu dan yogurt
Susu dan yogurt mampu mengenyangkan kerana mengandungi protein dan karbohidrat yang menjadi sumber tenaga bagi keperluan otak. Dua jenis nutrisi ini penting bagi pertumbuhan jaringan otak, neurotransmitter dan enzim kerana makanan yang berasal dari produk susu mengandung protein dan vitamin B tinggi. Susu terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri-biri dan lembu yang segar. Boleh pelbagaikan masakan dengan menggunakan yogurt dan susu. Cuba ini: Fillet ayam goreng rangup
Susu bukan sahaja berguna untuk kesihatan otak malah dapat mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semulajadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Sekurang-kurangnya minumlah segelas susu pada sebelah pagi dan malam kerana ia bukan saja berkhasiat untuk merawati kesihatan umum, malah merupakan penawar kelupaan yang berkesan
6. Halia
Halia boleh dimakan secara mentah atau dibuat halua yang sangat mustajab untuk mengatasi masalah lupa dan alpa. Halua ialah halia yang dijadikan manis-manisan dengan merebus dan dicampur dengan gula. Ia juga berfungsi merawat pening kepala, sakit perut, batuk ataupun gatal-gatal. Ia juga boleh dimasukkan ke dalam pelbagai jenis masakan, cuba ini: Daging Halia
7. Salmon
Ikan salmon adalah ikan berlemak yang dikatakan makanan berkhasiat untuk otak. Ia merupakan sumber terbaik asam lemak omega-3 DHA dan EPA. Keduanya penting untuk pertumbuhan dan perkembangan fungsi otak. Cuba ini: Salmon Panggang
8. Oat
Oat kaya dengan sumber vitamin E, vitamin B dan potassium, Omega-3, folat dan kalium yang mampu menyediakan tenaga atau bahan bakar untuk keperluan otak. Oat juga mempunyai kandungan serat yang dapat membantu otak berfungsi dengan baik. Oat boleh dimakan bersama susu panas atau dimasukkan ke dalam pelbagai menu masakan.
9. Berry
Amalan memakan beri akan menguatkan fungsi otak yang semakin berkurangan akibat pertambahan usia. Ini kerana semua jenis beri seperti blackbery, bluberri, strawberi, rasberi, cranberi dan ceri kaya dengan flavonoid dan antosianin yang berguna untuk tubuh khususnya di bahagian otak.
10. Daging tanpa lemak
Daging lembu tanpa lemak adalah salah satu sumber makanan yang mengandung banyak zat besi. Ia juga mengandungi mineral seng yang dapat membantu memelihara daya ingatan. Boleh cuba ini: Daging cendawan
11. Daging Burung Merpati
Ianya banyak digunakan oleh bijak pandai Islam dan Melayu dahulu kala. Ia mengandungi protein, lemak, kalsium, fosforus dan kalori. Sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutama kanak-kanak. Kaedah ini sangat popular dan berkesan. Kanak-kanak yang diberi telur burung merpati didapati dapat bercakap lebih awal dari kebiasaannya.
12. Daging Ayam
Daging ayam dianggap mengandungi kadar zat pemakanan yang paling tinggi berbanding dengan semua jenis daging lain. Daging ayam betina dara terutamanya berkhasiat meningkatkan prestasi otak dan membaiki darah.

Shila Hamzah bakal menetap di Shanghai

Shila telah pun menandatangani kontrak bersama Shanghai Media Group (SMG) selama 6 tahun dan bakal membuat persembahan bersama artis SMG di Lincoln Center, New York.

Malah Shila Amzah juga akan menetap di Shanghai selama 6 bulan bersama ibunya untuk memantapkan lagi penggunaan bahasa Mandarin selain daripada merakamkan album Mandarin dan membuat persembahan untuk khalayak China.

shila amzah

Ulangtahun Perkahwinan Lisa & Yusri

Bulan Februari yang lalu, genaplah setahun Yusry dan Lisa Surihani bergelar pasangan suami isteri. Semoga perkahwinan Lisa dan Yusry akan berkekalan sehingga ke hujung hayat. Pasangan yang sweet ini telah meraihkan ulangtahun perkahwinan mereka dengan sederhana tetapi meriah,di bawah ini adalah beberapa keping gambar pasangan Lisa&Yusri semasa ulangtahun mereka yang pertama..

lisa dan yusry

lisa dan yusry

lisa dan yusry

lisa dan yusry

lisa dan yusry

Jeslina Hashim cerai

Perkahwinan Jeslina Hashim bersama Dion Andrew Vercoe selama 8 tahun akhirnya berakhir dengan penceraian pada 5 mac 2013. Dion Andrew Vercoe yang berasal dari New Zealand telah pun menceraikan Jeslina dengan talak satu di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur. Hasil perkongsian hidup, mereka telah dikurniakan 2 orang cahaya mata.Penceraian yang telah dijalankan secara baik ini menyaksikan kedua-dua anak akan tinggal bersama Dion Andrew sementara Jeslina diberi hak untuk datang melawat pada bila-bila masa sahaja.

jeslina hashim cerai

jeslina hashim cerai