Khamis, 7 Mac 2013

Suami Kawin Lain Terbongkar Kerana FB



Tembelang seorang lelaki Amerika Syarikat yang berkahwin dua pecah apabila kedua dua isterinya menjadi kenalan di laman sosial Facebook secara kebetulan. Lelaki itu, seorang pegawai pemulihan akhlak, Alan L. O’Neill didakwa kerana mengamalkan bigami atau beristeri dua.

Menurut kertas pertuduhan yang difailkan Khamis lalu, O’Neill mengahwini seorang wanita pada 2001, berpindah pada 2009 dan menukar namanya sebelum berkahwin lain tanpa menceraikan isteri pertamanya.
Isteri tua pertama kali menyedari O’Neill berkahwin lain apabila dia menjadi kenalan madunya melalui pautan “Orang yang mungkin anda kenali” di Facebook.
“Isteri pertama kemudian melihat laman Facebook isteri kedua dan melihat suaminya bersama kek perkahwinan,” kata pendakwa raya daerah Pierce County, Mark Lindquist kepada agensi beritaAssociated Press (AP)
Isteri pertama kemudian berkunjung ke apartmen madunya dan berulang kali menyoal suaminya sama ada mereka sudah bercerai tetapi dia menjawab: “Tidak, kita masih suami isteri.,”
O’Neill, 41, sebelum ini menggunakan nama Alan Fulk. Dia yang dihadapkan ke mahkamah Khamis lepas boleh dipenjara lima tahun jika didapati bersalah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan