Khamis, 7 Mac 2013

Duit Gaji Lelaki Masuk Akaun Isteri




Di JakartaPejabat Pentadbir Gorontalo di utara Sulawesi mengeluarkan saranan supaya gaji 3,200 penjawat awam lelaki yang sudah berkahwin dimasukkan ke dalam akaun isteri mereka sebagai langkah mengelakkan mereka membelanjakan gaji itu kepada perempuan simpanan


Jurucakap kerajaan, Rifly Katili berkata, “Lelaki biasanya tidak dapat mengawal perbuatan mereka sekiranya mempunyai banyak wang dalam poket.” 
“Saya yakin, ia dapat mengurangkan hubungan dengan perempuan lain yang menjatuhkan institusi keluarga.”
Katanya, kira-kira 90 peratus penjawat awam mengambil bahagian dalam inisiatif itu.
“Inisiatif sebegini akan memberi kuasa kepada golongan isteri pekerja untuk belajar mengenai pengurusan bajet rumah tangga,” katanya. 
Katanya, ramai isteri mengadu kepada gabenor yang suami mereka menyimpan wang antara sejuta hingga empat juta rupiah (RM330-RM1,320) sebulan. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan